Pembonceng maut, penunggang parah nahas dengan lori


Keadaan lori dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan maut di lampu isyarat Dong, Raub pada Selasa. - Foto JBPM Pahang
Keadaan lori dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan maut di lampu isyarat Dong, Raub pada Selasa. - Foto JBPM Pahang
A
A
A

RAUB - Seorang pembonceng motosikal maut manakala penunggangnya cedera parah dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di lampu isyarat Dong, di sini, jam 11.20 pagi pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan, dua individu dalam perjalanan dari arah Bandar Raub menuju ke Pekan Dong.

Menurutnya, pemandu lori yang berseorangan pula dari arah Kelantan menghala ke Seremban.

Pembonceng maut manakala penunggang parah dalam kemalangan dengan lori di lampu isyarat Dong, Raub pada Selasa. - Foto JBPM Pahang
Pembonceng maut manakala penunggang parah dalam kemalangan dengan lori di lampu isyarat Dong, Raub pada Selasa. - Foto JBPM Pahang

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dikatakan keluar dari persimpangan secara tiba-tiba dan telah dilanggar pemandu lori yang bergerak terus ketika lampu isyarat menunjukkan warna hijau.

"Akibat kemalangan, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Raub bagi mendapatkan rawatan manakala pemboncengnya pula disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.