Stok minyak sawit Malaysia meningkat 9.60 peratus pada September

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat 9.60 peratus kepada 2.31 juta tan pada September daripada 2.11 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Dalam laporan prestasi industri terkininya bagi September 2023, MPOB berkata, inventori minyak sawit mentah (MSM) meningkat 14.24 peratus kepada 1.37 juta tan bulan lepas daripada 1.20 juta tan pada Ogos manakala stok minyak sawit yang diproses naik 3.47 peratus kepada 942,553 tan pada bulan September daripada 910,903 tan sebelum ini.

Pengeluaran MSM meningkat 4.33 peratus kepada 1.83 juta tan pada September daripada 1.75 juta tan pada bulan sebelumnya dan pengeluaran isirung sawit meningkat 6.16 peratus kepada 446,094 tan daripada 420,216 tan sebelum ini.

Menurut MPOB, eksport minyak sawit turun 2.11 peratus, atau 25,735 tan, kepada 1.20 juta tan pada September daripada 1.22 juta tan sebelum ini manakala eksport oleokimia merosot 6.61 peratus kepada 238,767 tan.

Eksport biodiesel mengukuh 43.73 peratus kepada 28,793 tan pada bulan September daripada 20,032 tan pada bulan sebelumnya.

Eksport dedak isirung sawit meningkat 7.69 peratus kepada 211,057 tan manakala eksport minyak isirong sawit susut 12.80 peratus kepada 80,106 tan daripada 91,866 tan pada Ogos.

Tiada import MSM untuk September manakala jumlah import minyak sawit turun sebanyak 55.66 peratus kepada 49,504 tan berbanding 110,621 tan pada bulan sebelumnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: