Kes ADUN Jengka sentuh sentimen 3R masih dalam siasatan

Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Yahaya)
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Yahaya)
A
A
A

KUANTAN - Polis Pahang memaklumkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Shahril Azman Abd Halim yang didakwa memainkan sentimen 3R (kaum, agama dan institusi diraja) di akaun TikTok, baru-baru ini, masih dalam siasatan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, rakaman keterangan daripada empat orang saksi telah dijalankan bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

"Kes yang dimaksudkan itu masih dalam siasatan. Kita mendapatkan maklumat daripada agensi luar dan kita sedang menunggu lagi (maklum balas)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada Selasa.

Beliau menjawab soalan pemberita merujuk kepada laporan polis dibuat Pegawai Khas Ahli Parlimen Bentong, Ahmed Wafiuddin Shamsuri pada 13 September lalu terhadap pemimpin Pas itu.

Ahmed Wafiuddin mendakwa Shahril Azman membuat kenyataan yang menyentuh hak Bumiputera selain turut menyentuh nama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan DAP.

Shahril Azman juga didakwa telah berkempen di Felda Sungai Kemahal yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, sebelum hari penamaan calon yang ditetapkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan: