Dera: Mahkamah tangguh hukuman ibu tunggal, tomboi

Ibu tunggal dan rakan wanitanya tiba ke Mahkamah pada Selasa.
Ibu tunggal dan rakan wanitanya tiba ke Mahkamah pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menangguhkan keputusan penghakiman terhadap seorang ibu tunggal dan rakan serumah berperwatakan tomboi yang didakwa mendera seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Julai lalu pada 1 November ini.

Penangguhan itu dibuat ekoran Hakim, VM Mabel Sheela bercuti sakit.

Kedua-dua tertuduh yang kini ditahan di penjara Simpang Renggam tiba ke mahkamah pada 8.40 pagi dengan diiringi polis.

Bagaimanpun, ibu tunggal berkenaan dilihat mengalami sedikit kesukaran untuk berjalan kerana dimaklumkan terjatuh ketika berada di bilik air di Penjara Simpang Renggam.

Untuk rekod, pada 27 September lalu, ibu tunggal serta rakan wanitanya itu menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan kanak-kanak lelaki berkenaan di sebuah rumah di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor,

Mereka membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim, VM Mabel Sheela setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kedua ibu tunggal terbabit ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka.

Artikel Berkaitan: