Bukan aksi terbaik Ireland

No Image Caption
A
A
A

PENGENDALI skuad Ireland, Andy Farrell menyifatkan pasukannya masih belum bermain pada tahap terbaik walaupun menempah slot suku akhir selepas meraih kemenangan keempat kumpulan A Ragbi Piala Dunia 2023 di Stade de France pada Ahad.

Ireland yang tampil dengan reputasi pasukan pilihan menewaskan Scotland, 36-14 untuk mara ke kelompok lapan terakhir berdepan juara tiga kali New Zealand di Stade de France minggu depan.

"Saya dan pemain Ireland tidak fikir bahawa kami telah bermain pada tahap terbaik ketika berdepan Scotland. Biarpun kami tahu ke mana arah tuju dan misi yang mahu capai dalam setiap perlawanan.

"Adakah kita akan sampai ke sana? Saya tidak tahu. Tetapi berdepan New Zealand, kita perlu mengetahui dan lebih daripada bersedia untuk mencipta impak," kata Farrell.

Ireland, yang tidak pernah memenangi perlawanan kalah mati di Piala Dunia, memusnahkan impian Scotland yang juga mengintai peluang mara ke peringkat kalah mati, melanjutkan rentak kemenangan kepada 17 perlawanan berturut-turut.

Biarpun mengakui Ireland terpaksa melalui tempoh tekanan berterusan Scotland selepas percubaan pertama, namun Farrell berpendapat pendekatan pemain-pemainnya yang tampil lebih agresif merupakan kunci kepada kemenangan perlawanan.

"Apabila anda melihat bagaimana kami menjadi klinikal dan cara bagaimana kami bertahan, ia adalah kelebihan untuk kami dan tekanan untuk pasukan lain," kata Farrell.

Artikel Berkaitan: