Program ‘Kucing Angkat’ MBSA meriah

A
A
A

No Image Caption

SHAH ALAM - Sempena Hari Tanpa Kenderaan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan program ‘Kucing Angkat’ di Dataran Kemerdekaan MBSA, di sini, semalam.

Program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada komuniti setempat dan menggalakkan orang ramai agar bersikap lebih bertanggungjawab kepada haiwan peliharaan demi persekitaran yang bersih dan selamat.

Sebanyak 10 ekor kucing disediakan pada program tersebut dimana sebelum diadopsi, kucing-kucing ini telah divaksin dan dibuat pemeriksaan kesihatan.

No Image Caption

MBSA dalam satu kenyataan berkata, program itu juga merupakan platform untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.

Selain itu, pihak MBSA juga turut mengadakan pertandingan kucing tercantik.

No Image Caption

Pemenang tempat pertama telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200 dan hamper, pemenang tempat kedua telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM150 dan hamper, hadiah tempat ketiga telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100 dan hamper serta 4 hadiah saguhati berupa hamper kepada pemenang tempat ke-4 hingga ke-7.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan untuk menarik pengunjung antaranya ’Shah Alam Recycle Fun Run’, Fun Ride, Fun Walk, kayuhan santai, senamrobi, dan persembahan kombo MBSA.

No Image Caption

Aktiviti kepada kanak-kanak turut disediakan antaranya Klinik Pembangunan Sukan Silat, aktiviti memanah, Parrot Brothers, ’Petting Zoo’, Perpustakaan Bergerak / Aktiviti Kraf Tangan Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA dan Pejabat Bergerak Shah Alam on Wheels.

Majlis tersebut telah disempurnakan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Ir. Cheremi Tarman.

No Image Caption

Hadir sama, Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan, Avisena Specialist Hospital, Ahmad Tazilan Mokhtar, Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.