Kelantan FA selesa status bukan pilihan

Skuad Kelantan FA yang menyahut cabaran KLWSL 2023.
Skuad Kelantan FA yang menyahut cabaran KLWSL 2023.
A
A
A

SKUAD Kelantan FA yang dibarisi 80 peratus pemain bawah 20 tahun lebih selesa dengan status pasukan bukan pilihan apabila berdepan Spicegals FC dalam perlawanan separuh akhir Kejuaraan Bolasepak Liga Super Wanita Kuala Lumpur (KLWSL) 2023 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad.

Bagaimanapun, pengendali Kelantan FA, Mohd Adnan Abd Rahman mengakui pasukan dari pantai timur itu bertekad melangkah lebih jauh selepas melengkap slot empat pasukan terbaik apabila menyingkirkan menundukkan Sunbears FC 2-0 dalam perlawanan suku akhir di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa sebelum ini.

"Kelantan FA mempertaruhkan 80 peratus permain baharu dalam purata umur 19 tahun bagi menggalas cabaran dalam Kejuaraan Bolasepak Liga Super Wanita Kuala Lumpur (KLWSL) 2023.

"Jadi dengan muka-muka baharu ini yang pertama didedahkan dengan pertandingan kompetitif sebegini sudah tentu para pemain saya teruja untuk pergi lebih jauh selepas mara di fasa empat terbaik.

"Biarpun begitu kami akui bahawa Spicegals FC merupakan antara pasukan pilihan kejuaraan ini. Namun seperti yang saya katakan Kelantan FA apabila berada di fasa empat terbaik, tentu sahaja akan memberikan tentangan sengit sehingga perlawanan wisel penamat," katanya.

Dalam pada itu, Adnan menegaskan Kelantan FA telah melakukan persiapan rapi selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.

"Kami mengunakan masa yang ada selepas mengalahkan Sunbears FC dengan melakukan post mortem memperbaiki beberapa kelemahan pasukan.

"Kami tidak mempunyai sasaran spesifik dalam kejuaraan ini, sebalik mahu memberikan pendedahan selain membentuk keserasian gandingan dalam kalangan pemain baharu.

Artikel Berkaitan:

"Saya boleh katakan bahawa para pemain telah 100 peratus bersiap sedia dari aspek mental dan fizikal untuk mengharungi perlawanan berintensiti tinggi berdepan Spicegals FC.

"Malah saya boleh katakan kami boleh menerima kekalahan dan tidak terlalu berbangga sekiranya meraih kemenangan," katanya.