Bapa pelakon Norman Hakim meninggal dunia

Allahyarham Zaidon Abdul Rahim disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan, Pahang.
Allahyarham Zaidon Abdul Rahim disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan, Pahang.
A
A
A

SELEBRITI popular Norman Hakim menerima perkhabaran sedih pagi tadi apabila bapa tersayang menghembuskan nafas terakhir malam tadi.

Allahyarham Zaidon Abdul Rahim disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan, Pahang.

Dalam muat naik entri di akaun Instagramnya, Norman berkata:

“Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Haji Zaidon bin Haji Abdul Rahim telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 6 Oktober 2023 bersamaan 20 Rabiulawal 1445H jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan.”

Punca pemergiannya bagaimanapun tidak dinyatakan.

Namun, suami kepada pelakon Memey Suhaiza memohon orang ramai mendoakan roh bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa ayah, merahmati dan memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya. - Sinarplus.

Artikel Berkaitan: