Pelakon drama Euphoria, Angus Cloud meninggal dunia

Angus Cloud berdepan kesedihan teruk selepas kematian bapanya minggu lalu.
Angus Cloud berdepan kesedihan teruk selepas kematian bapanya minggu lalu.
A
A
A

PELAKON drama Euphoria, Angus Cloud dilaporkan meninggal dunia di kediaman keluarganya di California, Amerika Syarikat pada Isnin.

Angus menghembuskan nafas terakhir pada usia 25 tahun, seminggu selepas kematian bapanya, Conor Hickey.

Berita duka itu dikongsi sendiri keluarganya dalam satu kenyataan kepada pihak media, bagaimanapun punya kematian bintang muda itu tidak dinyatakan.

“Dengan berat hati kami mengucapkan selamat tinggal kepada seorang insan yang luar biasa hari ini.

“Sebagai seorang artis, kawan, abang dan anak lelaki, Angus cukup istimewa kepada kami dalam semua perkara.

“Dia berdepan dengan kesedihan teruk selepas kematian bapanya minggu lalu,” tulis kenyataan berkenaan seperti dilaporkan CNN.

Sebelum itu, Angus ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya sebelum disahkan sudah tidak bernyawa oleh pasukan perubatan.

Angus mula dikenali ramai menerusi drama Euphoria yang disiarkan di saluran HBO, selain pernah tampil menerusi filem North Hollywood dan The Line.