[VIDEO] PRK Pelangai: Speaker turun padang hantar pengundi

A
A
A

BENTONG - Pengalaman baharu buat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang turun padang menghantar pengundi sendiri ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelangai di sini pada Sabtu.

Menurutnya, selama ini beliau tidak pernah melakukan tugas-tugas tersebut yang dilakukan oleh jentera parti.

"Selama ini jadi calon, semuanya jentera yang buat, jadi ini pengalaman pertama dan berbeza buat saya sendiri.

"Kali ini saya ditugaskan untuk mengambil pengundi di PDM Kampung Jawi-Jawi di cawangan Bukit Gajah.

"Hari ini dah buat beberapa kali menghantar mereka(pengundi) dan Insya-ALLAH akan buat lagi trip," jelas beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu lagi.

Mohd Sharkar turut menghantar sendiri pengundi di Pelangai.
Mohd Sharkar turut menghantar sendiri pengundi di Pelangai.

Sementara itu, tiga beradik dari Kampung Bukit Gajah di sini antara yang bertuah mendapat khidmat Mohd Sharkar sendiri.

Hening Murni Ibrahim,53 bersama dua adiknya, Iqlimah,48 dan Najjah,43 mengakui terkejut selepas dihantar sendiri oleh Mohd Sharkar.

Artikel Berkaitan:

"Tak sangka bila dijemput sendiri jam 9 pagi tadi, rupa-rupanya Speaker DUN Pahang yang datang ambil.

"Rasa teruja dan seronok dan paling penting kami selesai mengundi," tambah Hening yang juga anak ke-6 dari 10 beradik.