PRK: 10 peratus keluar mengundi setakat jam 9 pagi

Dari kanan: Fatin Farah Najwa Mohd Reib, 22, Khairul Bariah Kamaruzaman, 33, Khairul Nisa Kamaruzaman, 35, dan (dari kiri) Noridah Abdul Rashid, 34, Masslinah Alaudin, 37, Khairun Nad Zirah Kamaruzaman, 26, dan Rosmaini Abdul Jalil, 45, selesai mengundi di SK Pelangai, Bentong pada Sabtu.

A
A
A

BENTONG - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai merekodkan 10 peratus jumlah peratusan keluar mengundi setakat jam 9 pagi

Perkembangan itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi hantaran di media sosial rasmi agensi itu.

Seramai 16,456 pengundi bakal menentukan wakil rakyat baharu mereka menerusi PRK DUN Pelangai pada Sabtu.

PRK kawasan itu perlu diadakan setelah kerusi itu diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Pertandingan merebut kerusi tersebut menyaksikan persaingan tiga penjuru apabila Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon Kasim Samat yang juga bekas calon gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Manakala, BN meletakkan anak tempatan, Datuk Amizar Abu Adam dan seorang lagi calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli juga bertanding.

Artikel Berkaitan: