Abha hentikan rentak kemenangan Al Nassr

Reaksi Ronaldo ketika perlawanan antara Al-Nassr dan Abha. - Foto: AFP
Reaksi Ronaldo ketika perlawanan antara Al-Nassr dan Abha. - Foto: AFP
A
A
A

AL NASSR perlu menyalahkan diri sendiri selepas gagal memanfaatkan kelebihan dua gol selepas diikat 2-2 pasukan di kedudukan ke-15 Liga Pro Saudi, Abha pada Jumaat.

Kapten Al Nassr, Cristiano Ronaldo kelihatan kecewa dengan keputusan di Stadium Al-Awwal Park apabila tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perlawanan itu.

Pasukan tuan rumah itu bermula cemerlang mendahului jaringan awal pemain Portugal Otavio pada minit ketiga sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-28.

Bagaimanapun, Abha merapatakan kedudukan melalui sepakan penalti Saad Bguir pada minit ke-36.

Al Nassr yang menggandakan asakan untuk mencari kemenangan selesa dikejutkan dengan gol dari luar kotak penalti oleh pemain antarabangsa Cameroon, Karl Toko Ekambi pada minit ke-92 untuk hanya berpuas hati dengan satu mata.

Keputusan seri itu menyaksikan Al Nassr gagal dalam usaha mereka meraih kemenangan ketujuh berturut-turut dan kini berada di kedudukan ketiga liga dengan 19 mata.

Abha pula berada di kedudukan ke-15 liga dengan tujuh mata dan kejayaan mengikat Al Nassr itu menjadi mata pertama selepas empat kekalahan berturut-turut.

Artikel Berkaitan: