Tiga daerah di Johor catat IPU tidak sihat

Aktiviti harian tetap dilakukan walaupun dalam keadaan berjerebu. - Foto Bernama.
Aktiviti harian tetap dilakukan walaupun dalam keadaan berjerebu. - Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tiga daerah di Johor menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi pada Sabtu.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar, daerah Larkin merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 156 diikuti daerah Pasir Gudang iaitu 152 dan di Batu Pahat pula mencatatkan 122.

Selain itu, dua daerah di negeri itu Pengerang dan Kota Tinggi menunjukkan tahap sederhana menghampiri bacaan tidak sihat masing-masing mencatat bacaan 91 dan 95

Seterusnya, di daerah Nilai, Negeri Sembilan juga mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana iaitu 95.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas di bawah kategori berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!