LCS: Pembangkang sambut baik laporan PAC dibahaskan

Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal
A
A
A

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyambut baik kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memastikan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibahaskan di Parlimen.

Beliau berkata, langkah tersebut tepat pada masanya.

"Saya setuju," katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pembangkang sedia mendesak satu tindakan undang-undang diambil terhadap pihak bertanggungjawab sekiranya hasil laporan menunjukkan wujud elemen salah guna kuasa ataupun penyelewengan.

PAC sebelum ini mendedahkan, tiada satu pun LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu menerusi kontrak kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd(BNS) secara rundingan terus.

Setakat Ogos 2022 menurut jadual asal, sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserah kepada TLDM.

Terdahulu, Johari memberi jaminan untuk memastikan laporan PAC berhubung projek LCS dibahas di Parlimen.

Artikel Berkaitan: