'Pas jangan amal pentadbiran komunis'

Mohd Sayuti Omar
Mohd Sayuti Omar
A
A
A

KOTA BHARU - Pas perlu menarik balik larangan kepada ahlinya untuk tidak membincang dan membahasakan soal parti di media sosial bagi memastikan Pas tidak dituduh cuba mengamalkan sistem pentadbiran ala komunis.

Pemerhati Politik, Mohd Sayuti Omar berkata, tindakan itu juga dilihat sebagai cuba untuk melindungi sesuatu dan ia bukan langkah kondusif kepada parti politik kerana zaman sekarang adalah teknologi terbuka.

"Semua parti menyedari perubahan ini. Bila Pas berbuat begitu ia semacam suruh ke belakang. Apakah Pas cuma mahu pakai sistem komunis yang halang ahli bersuara dan jika bersuara akan dikenakan tindakan? Ini tidak patut.

"Pas sepatutnya pertimbangkan balik arahan itu bagi mengelakkan semua pihak memikirkan kononnya Pas mengguna pakai sistem pentadbiran komunis," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai parti agama, Pas patut sedia melayan teguran dan pandangan ahli, bukan menyempitkan medium penyampaian sehingga ia memberi kesan selepas ini.

"Apa-apa kritikan dan komen ahli perlu pemimpin jawab secara terbuka sebab sekarang semua pihak cuba nak pusingkan cerita sehinggakan ia membuahkan cerita lain yang tidak benar.

"Maka kenapa perlu sekat kebebasan itu? Harap Pas fikir dan tarik balik. Teguran untuk nasihat boleh saja dibincangkan, kenapa tidak boleh?," katanya.

Artikel Berkaitan: