Tiga beradik ditahan disyaki cederakan ibu

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SEREMBAN - Tiga beradik lelaki ditahan semalam selepas disyaki mencederakan ibu kandungnya seperti dalam video yang tular di laman sosial beberapa hari lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia 17 hingga 29 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Port Dickson di sini pada jam 6.30 petang.

"Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing adalah negatif. Ketiga-tiganya direman empat hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan dengan memanggil beberapa saksi untuk membantu siasatan sebelum merujuk kepada pihak pendakwaan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular video 'Derhaka Ibu' yang dimuat naik seorang pemilik akaun di Facebook berkaitan seorang lelaki yang melakukan kekerasan terhadap ibunya. - Bernama

Artikel Berkaitan: