Karnival hibrid MSAM 2023 beri peluang semua nikmati kemeriahan

Seluruh rakyat Malaysia boleh rasai kemeriahan secara fizikal dan di platform media sosial

A
A
A

No Image Caption

Berubah mengikut peredaran masa dan meraikan kemajuan teknologi dalam pelaburan menjadi konsep terbaharu Permodalan Nasional Berhad dalam memantapkan lagi aspek pelaburan saham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Iltizam itu dizahirkan melalui penganjuran Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2023 dengan memperkenalkan kelainan pada tahun ini yang dibuat secara hibrid, iaitu konsep in situ berlangsung secara fizikal di Setia Fontaines, Bertam, Pulau Pinang pada 30 September hingga 8 Oktober ini.

Manakala sesi secara langsung di platform media sosial seperti Facebook dan Youtube bermula pada 1 Oktober sehingga 7 Oktober ini bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Jadi anda masih anda masa untuk mengunjungi karnival MSAM 2023 atau mengikutinya secara strim langsung.

MSAM 2023 kali ini membawa tema ’Bijak Melabur, Santai Berhibur’ dan merupakan karnival literasi kewangan terbesar di Malaysia itu turut menawarkan pelbagai lagi hadiah menarik dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1.4 juta.

Melalui pameran dan pendedahan itu, ia membolehkan para pengunjung mempelajari serta memahami bagaimana pulangan para pemegang unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) diperoleh melalui pelaburan dan diagihkan semula kepada mereka dalam bentuk pendapatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Apa yang menarik pada MSAM 2023 kali ini ialah sebuah rumah idaman teres setingkat di lokasi eksklusif bakal jadi tuah besar kepada pemenang sempena MSAM 2023.

Istimewa untuk para pengunjung, MSAM 2023 turut memberikan pengalaman menarik melalui pelbagai aktiviti yang telah disusun sepanjang minggu berkenaan antaranya pertandingan melukis dan mewarna, permainan interaktif Ceria Bersama ASNB & MSAM serta LabuRia.

Malah para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada artis-artis hebat tanahair seperti antaranya Aweera, Izzue Islam, Black, Iman Troye, Marsha Milan, Ezad Lazim, Nabila Razali dan ramai lagi.