Taufan Koinu bawa angin paling kencang di Taiwan

Taufan Koinu telah mencederakan 190 orang sejak petang Rabu dan mengakibatkan lebih 62,381 rumah dan premis perniagaan tanpa bekalan elektrik. - Foto Reuters
Taufan Koinu telah mencederakan 190 orang sejak petang Rabu dan mengakibatkan lebih 62,381 rumah dan premis perniagaan tanpa bekalan elektrik. - Foto Reuters
A
A
A

TAIPEI - Pulau Orkid mencatatkan kelajuan angin paling kencang di Taiwan sejak ia mula direkodkan ketika Taufan Koinu membadai bahagian selatan Taiwan semalaman pada Rabu, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

Pada 9.40 malam Rabu, pulau itu merekodkan angin kencang 198.7 kilometer sejam (kph), diikuti oleh tiupan angin pada 9.53 malam yang mencapai 342.7 kph, kedua-duanya mencatatkan tahap tertinggi sejak Taiwan mula menyimpan rekod kelajuan angin pada 1897, kata ketua Stesen Cuaca Taitung CWA, Huang Chia Mei.

Tidak lama kemudian, alat yang mengukur kelajuan angin itu rosak, Central News Agency (CNA) memetik Huang sebagai berkata.

Berdasarkan ramalan semasa, Taufan Koinu akan terus menjejaskan Taiwan sepanjang hari pada Khamis, dan akan berada kira-kira 240 km ke barat Cape Eluanbi pada 8 pagi Jumaat.

Taufan Koinu telah mencederakan 190 orang sejak petang Rabu dan mengakibatkan lebih 62,381 rumah dan premis perniagaan tanpa bekalan elektrik, lapor CNA. - Bernama

Artikel Berkaitan: