SPRM perlu siasat kartel beras

Timbul kemusykilan kerana Bernas diberi tanggungjawab mewujudkan stok penimbal beras tetapi krisis tetap berlaku- Gambar hiasan 123rf (Gambar kecil: Helmi)
Timbul kemusykilan kerana Bernas diberi tanggungjawab mewujudkan stok penimbal beras tetapi krisis tetap berlaku- Gambar hiasan 123rf (Gambar kecil: Helmi)
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk menyiasat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sekiranya syarikat berkenaan terlibat dalam penyelewengan pengurusan stok penimbal beras negara.

Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal (MEH), Dr Helmi Ibrahim berkata, timbul kemusykilan kerana Bernas diberi tanggungjawab mewujudkan stok penimbal beras tetapi krisis tetap berlaku.

“Mereka diberi tanggungjawab mewujudkan stok penimbal beras. Jadi, simpanan yang ada sepatutnya mampu bertahan selama enam ke sembilan bulan untuk menampung permintaan sekiranya berlaku krisis.

“Tapi krisis ini baru saja berlaku jadi bagaimana tiba-tiba berlaku kehabisan stok (beras) dalam pasaran walaupun tiada darurat atau peperangan.

“Sekiranya betul ada kartel seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh selain Bernas, maka perlu didedahkan siapa kartel tersebut,” ujarnya.

Dr Muhamad Akmal sebelum ini menggesa kerajaan mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) bagi mengambil tindakan tegas terhadap pengkhianat beras dan melenyapkan isu kartel beras di negara ini.

Menurutnya, penubuhan LPN dilihat dapat menyelesaikan isu berkaitan padi dan beras sekali gus mengurangkan kelompangan yang berlaku.

Artikel Berkaitan: