Harga petrol, diesel kekal hingga 11 Oktober

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 5 hingga 11 Oktober ini.
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 5 hingga 11 Oktober ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 5 hingga 11 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik, RON97 kekal pada harga RM3.47 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, sungguhpun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara. - Bernama

Artikel Berkaitan: