Orang ramai cadang guna MyKad

Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Aplikasi X (Twitter) Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh dihujani dengan cadangan susulan kenyataan beliau mengenai kaedah pembelian minyak masak peket menggunakan mekanisme pengenalan diri (ID) pada tahun depan.

Pengguna, @Xavier Naxa, menyarankan kerajaan menggunakan kad pengenalan (MyKad) atau aplikasi MySejahtera sebagai verifikasi kerana khuatir langkah mencetak ID baharu akan memakan kos yang lebih besar.

“Cukuplah membazir, MyKad sudah cukup pintar. Saya setuju mekanisme ID baru khusus untuk peniaga, tapi tidak untuk rakyat Malaysia kecuali tiada implikasi kos mencetak kad fizikal,” katanya pada Isnin.

Bagi @lady Miss Azira, penggunaan MyKad perlu dipautkan bersama ID pengagihan subsidi kerana bimbang akan disalahgunakan oleh pihak lain.

“Orang boleh menjual ID jika dibuat secara berasingan daripada MyKad,” tulisnya.

Dalam pada itu, @notTommyThomas berkata, saranan menggunakan MySejahtera atau aplikasi Grab adalah lebih baik kerana golongan seperti M40 atau B40 boleh dikenal pasti oleh pihak KPDN atau pusat zakat.

“Guna sahaja MyKad untuk membuat verifikasi identiti kerana sebahagian golongan seperti M40 dan T20 sudah mempunyai data di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Menurut @Mrkhalim pula, penggunaan kad ID khas fizikal dilihat tidak begitu praktikal berbanding digital.

Artikel Berkaitan:

“Saya berpendapat kita mempunyai pelbagai pilihan dalam menentukan individu mana yang layak atau tidak mendapatkan minyak peket bersubsidi, tapi kaedah pendigitalan adalah lebih baik,” ulasnya.