Perak bawa pulang tiga mata dari Paroi

Pemain Negeri Sembilan, Mohd Zamri Pin Ramli (kanan) mengasak tonggak Perak, Muhammad Aiman Khairul Yusni pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Ahad.
Pemain Negeri Sembilan, Mohd Zamri Pin Ramli (kanan) mengasak tonggak Perak, Muhammad Aiman Khairul Yusni pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Ahad.
A
A
A

PERAK FC memulakan misi keluar dari kelompok bawahan Liga Super dengan petanda positif selepas mengalahkan Negeri Sembilan FC, 1-0 pada Ahad.

Dalam aksi disaksikan 1,333 penonton di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu anak buah Yusri Che Lah memastikan kemenangan kelima liga selepas mengharungi 22 perlawanan.

Kehadiran penyerang import, Luka Milunovic yang menyertai The Bos Gaurus bagi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) ternyata memberikan impak positif kepada pasukan pelawat.

Biarpun pengendali Negeri Sembilan, K Devan mempertaruhkan rangkaian import Herold Goulon, Casagrande dan Hein Thet Aung, namun masih gagal menterjemahkan segala tindakan dalam bentuk jaringan pada separuh masa pertama.

Namun separuh masa kedua, Milunovic yang pernah berkelana bersama Melaka United dan Sabah membuktikan kehadirannya dari Serbia bukan omong kosong apabila menterjemahkan hantaran Luciano Guaycochea pada minit ke-51.

Gol tunggal itu yang merupakan jaringan ke-17 liga Bos Gaurus musim ini cukup membolehkan Perak mengumpul 19 mata.

Keputusan itu menyaksikan Perak berada di kedudukan ke-11 sama mata dengan pasukan Penang FC di tangga ke-10, namun dipisahkan perbezaan jaringan.

Artikel Berkaitan: