Henti normalisasi dosa qazaf - Khairuddin

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Qazaf atau tuduhan zina mahupun liwat tanpa saksi empat mata merupakan dosa besar dan masuk dalam kategori jenayah hudud Islam.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dosa itu tidak wajar dijadikan bahan lawak jenaka atau permainan politik.

“Qazaf tidak wajar dinormalisasikan atas nama perbezaan politik kepartian. Para asatizah secara beramai-ramai perlu menegur normalisasi dosa ini agar umat Islam terselamat daripada bala bencana.

“Sangat malang apabila semakin ditegur semakin galak sebilangan ahli politik membuat rakaman video membuat tuduhan qazaf,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, satu klip video memaparkan tujuh lelaki dalam keadaan bergelak ketawa dengan kapsyen 'Kami Yakin Anwar Peliwat' tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Mohd Khairuddin menjelaskan, hukuman kepada pelaku yang membuat tuduhan qazaf ialah sebatan rotan sebanyak 40 kali, tidak diterima kesaksian dan dihukum fasik dalam Islam.

“Hukuman tersebut jelas dinyatakan dalam surah al-Nur ayat ke-4,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: