MBSJ siap sedia hadapi musim tengkujuh

Mohd Zulkurnain
Mohd Zulkurnain
A
A
A

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengadakan program simulasi bencana sebagai persediaan awal pihak berkuasa tempatan itu dalam menghadapi musim tengkujuh tahun ini.

Timbalan Datuk Bandarnya, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, latihan bukan sahaja melibatkan persediaan menyelamat ketika banjir tetapi juga melibatkan kes seperti tanah runtuh dan ribut.

Menurutnya, jawatankuasa bencana MBSJ dan daerah kini bersiap siaga dengan keanggotaan, aset dan logistik untuk mendepani sebarang kemungkinan pada musim tengkujuh.

“Kita sudah bersedia bersama polis, bomba selain aset pelbagai agensi lain termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk berdepan kemungkinan bencana,” katanya ditemui pemberita pada majlis pelepasan peserta Selangor Criterium Series X Subang Jaya 2023 di sini, pada Ahad.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan negara berada dalam fasa peralihan monsun yang bermula pada 19 September dan dijangka berterusan sehingga November depan.

Artikel Berkaitan: