UMNO lebih demokratik berbanding Pas - Noor Hariri

NOOR HARIRI
NOOR HARIRI
A
A
A

KOTA BHARU - UMNO Kelantan tidak terkejut dengan keputusan Pas tidak mempertandingkan lima jawatan tertinggi parti itu bahkan beranggapan partinya lebih demokratik.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, pihaknya sudah menjangkakan keputusan yang dibuat parti berkenaan.

Menurutnya, perkara pokok pertandingan itu adalah untuk menjaga kestabilan parti daripada perpecahan pasca pemilihan.

“Biasalah, selepas pemilihan yang kalah akan menjauhkan diri. Cuma bezanya Pas kali ini tidak pertandingkan lima jawatan teratas.

“Ini sesuatu keputusan yang pelik dan menjadi tanda tanya sebahagian ahli Pas yang tentunya merasakan hak mereka dinafikan, seolah-olah tidak mahu orang baharu menggantikan pimpinan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, keputusan dibuat Pas memperlihatkan UMNO lebih demokratik apabila hanya dua jawatan utama sahaja yang tidak dipertandingkan sebelum ini dan jawatan tiga naib presiden tetap dibuka.

“Lagipun, pemimpin UMNO berbeza dengan Pas. Jika dilihat daripada mula, Tan Sri Abdul Hadi Awang memegang jawatan Presiden Pas selama 20 tahun bermula pada 2003 sehingga kini.

“Sedangkan UMNO sudah mempunyai tiga presiden bermula daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak sehingga kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang terkini.

Artikel Berkaitan:

“Ternyata UMNO lebih demokratik dan mendengar suara akar umbi berbanding Pas,” ujarnya.