Lelaki cedera ditikam kerana hutang

Mangsa berusia 29 tahun cedera ditikam di bahagian badan ketika berada di rumahnya di Batu Caves, semalam.
Mangsa berusia 29 tahun cedera ditikam di bahagian badan ketika berada di rumahnya di Batu Caves, semalam.
A
A
A

GOMBAK - Gara-gara hutang, seorang remaja berusia 29 tahun parah ditikam sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Batu Caves, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian itu disedari ibu mangsa selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira jam 9.55 malam.

Menurutnya, ibu mangsa dimaklumkan anaknya itu cedera ditikam dan telah dikejarkan di Hospital Selayang.

"Hasil siasatan, pada jam 8.30 malam, ketika mangsa berada di rumah telah diserang oleh enam lelaki. Mangsa telah bergelut dan telah cedera ditikam di bahagian badan oleh suspek.

"Mangsa masih menerima rawatan di Hospital Selayang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, suspek telah melarikan barang peribadi milik mangsa seperti seutas rantai leher dan sebuah telefon bimbit dan kunci kereta.

Susulan itu, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 8 pagi sehingga jam 11 pagi hari ini, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak telah menahan seramai enam suspek berumur antara 16 hingga 22 tahun di kawasan Raub, Pahang.

Katanya, polis turut merampas kesemua barang-barang yang disamun suspek.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan mendapati motif kejadian adalah disebabkan masalah hutang antara mangsa dan salah seorang suspek yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaaan," katanya.