Rebut rumah idaman sempena MSAM 2023

Karnival MSAM 2023 memperlihatkan kelainan dari segi penganjurannya yang diadakan secara hibrid

A
A
A

No Image Caption

SHAH ALAM - Sebuah rumah idaman teres setingkat di Setia Fontaines, Bertam, bakal menjadi milik seorang pemenang bertuah sempena Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2023 yang akan berlangsung di Setia Fontaines, Bertam, Pulau Pinang pada 30 September hingga 8 Oktober ini, dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Bertemakan‘Bijak Melabur, Santai Berhibur’, MSAM 2023 yang merupakan karnival literasi kewangan terbesar di Malaysia itu turut menawarkan pelbagai lagi hadiah menarik seperti BYD Atto 3 Standard Range, Toyota Vios 1.5G AT, Perodua Axia 1.0L AV, Yamaha MT25, Apple iPhone 14 Pro Max dan banyak lagi dengan nilai keseluruhan hampir RM1.4 juta.

Karnival MSAM 2023 memperlihatkan kelainan dari segi penganjurannya yang diadakan secara hibrid, iaitu secara in situ (lokasi fizikal di Setia Fontaines, Bertam) serta secara digital menerusi platform Facebook dan YouTube yang mana para pengunjung boleh menyaksikan secara langsung bermula 1 hingga 7 Oktober ini.

Selain itu, MSAM 2023 turut menggabungkan elemen STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam gerai-gerai pameran, aktiviti interaktif dan pengisian karnival.

Dianggarkan seramai 50 pempamer meliputi anak-anak syarikat Kumpulan PNB, Ejen ASNB, badan-badan kawal selia dan agensi-agensi kerajaan negeri akan turut serta dalam MSAM 2023.

Pengunjung boleh mencuba bakat menimbang bola takraw sempena MSAM 2023.
Pengunjung boleh mencuba bakat menimbang bola takraw sempena MSAM 2023.

Pada masa sama, MSAM 2023 turut mempamerkan pelaburan strategik Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam syarikat pelaburannya meliputi perkhidmatan kewangan, harta, perladangan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, minyak dan gas dan sebagainya sekali gus membolehkan para pengunjung memahami bagaimana pulangan para pemegang unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) diperoleh serta diagihkan semula dalam bentuk pulangan pendapatan.

Selain itu, turut diadakan ialah program Sembang-Sembang ASNB secara fizikal dan digital, Kuiz Pelaburan PNB (kategori penjawat awam Pulau Pinang), Pertandingan Robotik, Pertandingan Kitar Semula Kreatif, MSAM-Alif Walk, persembahan kebudayaan, pertandingan seni persembahan MSAM Got Talent dan banyak lagi.

MSAM 2023 memberikan pengalaman menarik melalui pelbagai aktiviti yang telah disusun sepanjang minggu berkenaan antaranya pertandingan melukis dan mewarna, permainan interaktif Ceria Bersama ASNB & MSAM serta Labur Ria yang menampilkan persembahan daripada selebriti-selebriti tempatan antaranya Aweera, Izzue Islam, Black, Iman Troye, Marsha Milan, Ezad Lazim, Nabila Razali dan ramai lagi.

Memeriahkan lagi MSAM 2023, karnival itu turut disertai Rakan Premier MSAM 2023 iaitu SP Setia Berhad, Malayan Banking Berhad (Maybank), Sime Darby Plantation Berhad dan UMW Holdings Berhad.

Pertandingan mewarna merupakan antara aktiviti yang memberikan pengalaman penarik kepada para pengunjung.
Pertandingan mewarna merupakan antara aktiviti yang memberikan pengalaman penarik kepada para pengunjung.

Artikel Berkaitan:

Para pengunjung boleh mendaftar MSAM 2023 dan menyertai e-peraduan, menebus cenderamata menarik (e-penebusan) dan lain-lain lagi dengan memuat turun aplikasi PNB Events di platform Google Play, App Store dan AppGallery.

Sebagai pembuka tirai kepada MSAM 2023, “Program Bersama Kumpulan PNB”telah diadakan baru-baru ini dengan menyantuni komuniti setempat di Kampung Permatang Buluh, Kepala Batas, Pulai Pinang melalui pelaksanaan tiga inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Tiga inisiatif itu melibatkan sumbangan dua buah komputer kepada Perpustakaan Desa Permatang Buluh, pelaksanaan projek Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) untuk Sekolah Agama Rakyat dan mengadakan program kitar semula minyak masak.

Untuk maklumat lanjut para pengunjung boleh melayari laman sesawang, https://www.pnb.com.my/msam/ atau mengikuti secara langung MSAM 2023 di https://www.facebook.com/MingguSahamAmanahMalaysia dan https://www.youtube.com/@MingguSahamAmanahMalaysia

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!