Cheng Hoe mahu Selangor kembali garang

Cheng Hoe
Cheng Hoe
A
A
A

SELANGOR FC dituntut mempamerkan karakter lebih garang apabila sekali lagi berdepan Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Jumaat.

Malah, pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe, mahu pemainnya berusaha menampilkan persembahan lebih baik menentang skuad Penyu selepas dua perlawanan terakhir kedua-dua pasukan memihak angkatan Tomislav Steinbruckner tersebut.

"Kita tiada pilihan kecuali kembali bangkit memberikan tentangan kepada Terengganu, biarpun dua keputusan perlawanan terakhir sebelum ini tidak memihak pasukan kita.

"Dan saya percaya pemain telah mengambil pengajaran berguna dalam dua perlawanan Piala Malaysia menentang Terengganu sebelum ini.

"Setiap pemain pun saya percaya telah melihat kelemahan dan kekuatan pasukan lawan dalam dua perlawanan sebelum ini yang boleh dimanfaatkan sebaiknya pasukan kita bagi menghasilkan keputusan positif bagi saingan Liga Super," katanya yang mengakui keputusan positif mampu mengukuhkan slot pemburuan Selangor ke saingan Piala AFC musim depan.

Dalam saingan pusingan pertama Liga Super, Selangor menang 5-1 ke atas Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 18 April lalu.

Bagaimanapun juara 33 kali Piala Malaysia itu gagal menyerlah dalam dua perlawanan timbal balik suku akhir apabila tewas 0-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 16 September diikuti seri 1-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 24 September sekaligus ditunjukkan jalan keluar secara agreget 3-1.

LIGA SUPER

Artikel Berkaitan:

JUMAAT (29 SEPTEMBER)

Kelantan FC lwn Sabah FC

(Stdm Sultan Muhammad IV, 9 malam)

Terengganu FC lwn Selangor FC

(Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 malam)