Polis berkas 11 suspek, sindiket penyeludupan migran tumpas

 Abdul Hamid Bador - Foto FMT
Abdul Hamid Bador - Foto FMT
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sindiket penyeludupan migran yang aktif sejak pertengahan tahun lalu lumpuh susulan penahanan 11 individu termasuk lapan warga asing dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, tangkapan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 30 April lalu, melibatkan dua wanita termasuk seorang warga Sri Lanka yang bersiap sedia untuk berlepas ke negara Eropah dengan menggunakan pasport palsu.

Menurutnya, susulan itu, polis menahan empat lagi suspek terdiri daripada tiga warga Sri Lanka dan seorang warga Jerman di ibu negara kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan migran.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, pada 2 Mei lalu, serbuan di Selayang, Selangor berjaya menahan tiga warga Sri Lanka dan dua rakyat tempatan.

“Siasatan mendapati sindiket ini mempunyai rangkaian antarabangsa merentasi Sri Lanka, Eropah dan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, seramai lima suspek iaitu tiga warga tempatan serta seorang masing-masing warga Jerman dan Sri Lanka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Antipemerdagangan Orang Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Katanya, manakala, baki enam suspek warga Sri Lanka pula disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak sah atau jalan tidak diwartakan.

Artikel Berkaitan: