Sindiket seludup makanan sejuk beku lebih RM2 juta tumpas di Sandakan

SANDAKAN - Sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku dari loji yang tidak diiktiraf dianggarkan bernilai RM2,722,604 tumpas malam tadi.
Serbuan itu dilakukan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS).
Timbalan Pengarah JKDNKA (Gerakan), Datuk Mohd Hishamudin Tahar berkata, serbuan ke atas sebuah premis di kawasan perindustrian ringan di sini, merampas sejumlah 9,782 kotak mengandungi pelbagai bahagian daging ayam seperti sayap, paha dan dada.
"Sembilan individu terdiri daripada lima lelaki dewasa tempatan dan empat lelaki dewasa asing, telah diperiksa dalam serbuan di sini. Kes akan disiasat di bawah Enakmen Haiwan Sabah 2015.