MyCARE, Econsave teruskan misi bantu mangsa gempa bumi

Mas Imran (empat dari kiri), Rozi (lima dari kiri) dan Hashim (lima dari kanan) menyerahkan 'food pack' kepada anak yatim dan warga emas pada majlis Peringatan Maulid Nabi Besar Muhammad SAW di Masjid Besar Jam'yiyatul Qudsiyyah Kecamatan di Pringgasela, Lombok Timur, Lombok Timor, Indonesia pada Khamis.

A
A
A

LOMBOK - Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) Johor meneruskan misi kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi dan tsunami kecil di Lombok dekat sini pada 2018 dengan memberi bantuan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.

Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abd Ghani berkata, pihaknya yang mendapat kerjasama Pasar Raya Econsave menyerahkan sumbangan terbaharu pada Khamis bagi meringankan beban mangsa selepas terkesan dengan kejadian tersebut yang mengakibatkan ratusan nyawa hilang dan harta benda musnah.

"Pada hari ini kita meneruskan kerjasama strategik MyCARE dan Econsave dalam kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan serantau dengan menyerahkan 5,000 naskah al-Quran kepada 50 Taman Pendidikan Al-Quran atau pusat tahfiz.

"Selain itu, kita turut memberi sumbangan 'food pack' kepada 100 warga emas miskin dan 150 anak yatim miskin sekitar Lombok," katanya.