Ahmad Shapawi akhiri tugas Ketua Pengarah MSN

Hannah memuat naik ucapan selamat bersara buat Ahmad Shapawi menerusi Facebooknya pada Khamis. Foto FB Hannah Yeoh.
Hannah memuat naik ucapan selamat bersara buat Ahmad Shapawi menerusi Facebooknya pada Khamis. Foto FB Hannah Yeoh.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan selamat bersara buat Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) pada Khamis.

Menerusi catatan di laman sosialnya, Hannah turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahirannya sambil menyifatkan Ahmad Shapawi sebagai tokoh yang amat berpengetahuan dan berketrampilan dalam kepimpinannya.

“Terima kasih Datuk Ahmad Shapawi kerana banyak berkongsi pengalaman di KBS (Kementerian Belia dan Sukan). Hari ini (Khamis), MSN kehilangan sumber pengetahuan dan kepimpinan mereka selama ini.

“Selamat hari lahir Datuk Ahmad Shapawi dan semoga anda menikmati banyak masa berkualiti bersama Datin, anak-anak dan cucu-cucu anda!

“Saya telah berkongsi pendapat peribadi saya mengenai persaraan beliau kepada kepimpinan tertinggi Kementerian semalam (Rabu). Banyak air mata. Dia akan sangat dirindui,” catat Hannah di Facebooknya pada Khamis.

Ahmad Shapawi menerajui MSN sejak 2014 menggantikan Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong.

Malah Hannah turut mengungkap pantun buat bekas orang nombor satu MSN itu.

Kasih sukan demi pertiwi,

Artikel Berkaitan:

Berpuluh tahun mengejar mimpi,

Mengenang budi Datuk Shapawi,

Mengalir air mata jatuh di pipi.

Dalam pada itu, warga kerja MSN turut mengucapkan selamat bersara buat Ahmad Shapawi sambil menghargai segara jasa bekas bos mereka itu.

“Selamat bersara dan terima kasih diucapkan kepada Datuk Ahmad Shapawi Ismail atas segala sumbangan dan dorongan yang diberikan sepanjang berkhidmat di MSN (1988-2023).

“Selamat menempuhi alam persaraan, semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta,” catat MSN menerusi Facebook.