‘PN makin bertapak, bina pengaruh kuat di Felda‘

Kawasan Felda tidak lagi dianggap kubu kuat UMNO ketika ini memandangkan PN mula bertapak dan membina pengaruh kuat di tanah rancangan itu. (Gambar kecil: Mohd Yusri Ibrahim)
Kawasan Felda tidak lagi dianggap kubu kuat UMNO ketika ini memandangkan PN mula bertapak dan membina pengaruh kuat di tanah rancangan itu. (Gambar kecil: Mohd Yusri Ibrahim)
A
A
A

SHAH ALAM - Kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak lagi dianggap kubu kuat UMNO ketika ini memandangkan Perikatan Nasional (PN) mula bertapak dan membina pengaruh kuat di tanah rancangan itu.

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, peralihan sokongan pengundi di segmen itu dipengaruhi dua faktor utama iaitu naratif Melayu dan Islam yang diangkat gabungan berkenaan.

“Majoriti sokongan orang Melayu khususnya di luar bandar dalam aspek politik berada dalam dua elemen ini, semangat Melayu dan semangat Islam. Sebelum ini naratif Melayu banyak dipegang oleh UMNO, manakala naratif Islam banyak dipegang oleh Pas.

“Disebabkan pelbagai faktor dalaman dan luaran, sekarang UMNO sedikit kehilangan naratif Melayu. Kedua-dua naratif Melayu dan Islam sekarang banyak dipegang oleh PN, khususnya Pas.