Caj DuitNow QR boleh bebankan peniaga

Bayaran dengan menggunakan DuitNow QR yang biasanya terdapat di premis-premis perniagaan sudah menjadi norma baharu.
Bayaran dengan menggunakan DuitNow QR yang biasanya terdapat di premis-premis perniagaan sudah menjadi norma baharu.
A
A
A

HARI ini kecoh di media sosial mengenai dengan laporan sebuah portal berita yang mengatakan bahawa peniaga yang menerima wang daripada aplikasi DuitNow QR akan mula membayar caj transaksi bermula 1 November ini.

Sebanyak 0.25 peratus akan dicaj daripada akaun penjual jika pembayaran dibuat daripada akaun semasa atau simpanan, manakala 0.50 peratus peratus dikenakan untuk pemindahan menerusi kad kredit.

Caj akan ditolak daripada akaun semasa atau simpanan pada setiap 5 hari bulan.

Berdasarkan laporan itu, Merak Jalanan sedikit sebanyak simpati dengan komen-komen peniaga yang seumpama terkejut dengan berita baharu itu.