Huawei sedia bantu tingkatkan keupayaan rangkaian 5G

Anwar (dua dari kiri) diiringi Simon (dua dari kanan) melawat ruang pameran selepas selesai merasmikan majlis penutup Sidang Kemuncak Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2023 anjuran Huawei Technology Sdn Bhd di MITEC di Kuala Lumpur pada Rabu. FOTO: ROSLI TALIB

A
A
A

HUAWEI bersedia memanfaatkan keupayaan teknikal, industri dan ekosistemnya untuk meningkatkan rangkaian 5G, kecerdasan buatan (AI) dan tenaga digital negara dalam membina Malaysia yang inovatif dan hijau secara digital.

Presiden Huawei Asia Pasifik, Simon Lin berkata, Huawei komited untuk menjadi rakan kongsi dalam membantu Malaysia meneruskan agenda pendigitalan dan neutraliti karbonnya.

“Selain itu, kami akan menggunakan tenaga kerja mahir di negara ini agar profesional tempatan dalam bidang ini dapat dilahirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Sidang Kemuncak Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 2023 anjuran Huawei Technology Sdn Bhd di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Rabu.