Larangan membidaahkan maulid Nabi SAW

Perarakan menyambut maulid yang dilakukan oleh umat Islam ini adalah suatu perkara yang tidak bercanggah dengan syarak, malah ia merupakan kaedah bagi menzahirkan kegembiran di atas kelahiran junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW.
Perarakan menyambut maulid yang dilakukan oleh umat Islam ini adalah suatu perkara yang tidak bercanggah dengan syarak, malah ia merupakan kaedah bagi menzahirkan kegembiran di atas kelahiran junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW.
A
A
A

APABILA tiba sahaja sambutan Maulidur Rasul, majoriti masyarakat Islam khususnya akan mengadakan perarakan diiringi selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perarakan menyambut maulid yang dilakukan oleh umat Islam ini adalah suatu perkara yang tidak bercanggah dengan syarak, bahkan ia merupakan salah satu kaedah bagi menzahirkan kegembiran di atas kelahiran junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW.

Namun, ada juga suara yang tidak enak didengar apabila ada golongan yang sengaja mempertikaikan perkara ini adalah bidaah. Benarkah ada fatwa yang melarang sambutan ini?

Tampil memberikan pencerahan, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Mohd Hasrul Shuhari menjelaskan di Malaysia sendiri terdapat fatwa-fatwa berkaitan Maulid Nabi SAW.

Menurut beliau, dalam laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 11 Disember 2016 bertajuk ‘Hukum Menyambut Maulid Al-Rasul’, dinyatakan bahawa sambutan Maulid al-Rasul adalah harus dan termasuk dalam bidaah hasanah (bidaah: ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW, hasanah: hukumnya baik).

Dr. Mohd Hasrul Shuhari
Dr. Mohd Hasrul Shuhari

“Namun, sambutannya mesti mengandungi pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah, tiada percampuran lelaki dan perempuan, menutup aurat dan tiada unsur maksiat.

Artikel Berkaitan:

Di samping itu, terdapat juga fatwa berkenaan larangan membidaahkan sambutan Maulid Nabi SAW.

“Fatwa tersebut telah diputuskan antaranya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 25 Mei 2012, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 22 April 2015.

“Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 4 Januari 2016, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 20 Mac 2016.

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 31 Mei 2016 dan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah yang bersidang pada 23-24 Mei 2017.

“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman, berkenaan Fatwa Mengenai Pembidaahan kepada Amalan-amalan Ahli Sunnah Waljamaah, dinyatakan terlebih dahulu berkenaan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah yang termaktub dalam perkara 33A, Undang-undang Tubuh Negeri Kedah Tahun 1959.

“Fatwa di Kedah ini memperincikan aliran Ahli Sunnah Waljamaah yang dimaksudkan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah tersebut iaitu;

1. Dari segi aqidah, berpandukan kepada manhaj Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi;

2. Dari segi syariat, berpandukan kepad mazhab Imam al-Syafie, manakala tiga mazhab yang muktabar iaitu Hanafi, Maliki dan Hanbali boleh dirujuk dan digunakan dalam menyelesaikan masalah-masalah tertentu; dan

3. Dari segi tasawuf, hendaklah berpegang dengan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali, manakala aliran tasawwuf muktabar yang lain boleh diamalkan selagi ia tidak bertentangan aliran Ahli Sunnah Waljamaah.

Sambutan Maulidur Rasul mesti mengandungi pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah, tiada percampuran lelaki dan perempuan, menutup aurat dan tiada unsur maksiat.
Sambutan Maulidur Rasul mesti mengandungi pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah, tiada percampuran lelaki dan perempuan, menutup aurat dan tiada unsur maksiat.

“Menurut fatwa tersebut, ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah ialah membidaahkan pelbagai amalan dan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah yang bersifat khilafiyyah (boleh berbeza pandangan),” ujarnya.

Tambah beliau lagi, antara amalan yang dilarang untuk dibidaahkan ialah majlis perarakan Maulidur Rasul, majlis sambutan memperingati Maulidur Rasul, berzanji, burdah dan marhaban dan selawat yang tidak warid (yang tidak disusun oleh Nabi SAW tetapi disusun oleh para ulama) dalam majlis Maulid Nabi.

“Fatwa yang telah diwartakan pada 10 November 2016 ini memutuskan bahawa, mana-mana orang Islam yang melakukan perkara tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Kedah Darul Aman.

Berdasarkan perincian fatwa di atas, majoriti ulama menyatakan hukumnya sunat atau harus atau bidaah hasanah, dalam bahasa mudahnya ia dibenarkan tiada masalah. Namun, ia perlu dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang dibenarkan oleh syarak.