Dua rakan rompak kedai runcit guna sabit dipenjara, sebat

Dua rakan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada Rabu kerana melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit di Chabang Tiga, pada 13 September lepas.
Dua rakan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada Rabu kerana melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit di Chabang Tiga, pada 13 September lepas.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua rakan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu kerana melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit di Chabang Tiga dekat sini, pada 13 September lepas.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamad Syakir Azroy Md Rodi, 28, dan Mohd Azwan Harun, 34, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mereka dituduh merompak wang berjumlah RM1,500 bersenjatakan sebilah sabit yang boleh menyebabkan kematian dan mencederakan juruwang kedai berkenaan dengan melibas sabit sehingga menyebabkannya cedera di leher.

Kedua-dua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah kedai runcit di Chabang Tiga dekat sini pada pukul 2.30 pagi pada 13 September lepas.

Perbuatan mereka telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Nabihah Hanim Ayim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Artikel Berkaitan: