Segerakan pelantikan penghulu Kerajaan Perpaduan - ADUN Galas

Mohd Syahbuddin
Mohd Syahbuddin
A
A
A

GUA MUSANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berpandangan pelantikan penghulu mewakili Kerajaan Perpaduan di Kelantan perlu disegerakan.

Beliau berkata, langkah itu bagi melancarkan lagi gerak kerja dan tugasan melibatkan Kerajaan Perpaduan.

"Banyak sumbangan daripada pihak Kerajaan Perpaduan perlu disampaikan pada masyarakat dan memerlukan pengesahan daripada wakil peringkat Persekutuan.

"Jadi saya harap pihak kerajaan menyegerakan pelantikan penghulu untuk kita memudahkan urusan dengan rakyat," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu, beliau telah mendengar beberapa mesyuarat oleh pihak kerajaan Persekutuan berkenaan mewujudkan semula jawatan penghulu.

Ujarnya, bagaimanapun nama jawatan tersebut masih belum dapat dipastikan.

Mohd Syahbuddin memberitahu, peranan yang dimainkan oleh kumpulan ini amat besar dalam membantu melancarkan tugas akar umbi ke peringkat Persekutuan.

Artikel Berkaitan: