Lelaki Singapura maut terjatuh tingkat empat

Lelaki warga Singapura maut terjatuh tingkat empat.
Lelaki warga Singapura maut terjatuh tingkat empat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Singapura maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan rumah flat di Jalan Pendekar 1, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.58 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Tay berusia 63 tahun ditemui pasukan polis terbaring di atas lantai blok 34 bangunan tersebut dalam keadaan kepala berdarah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa menggunakan kerusi kayu untuk memanjat tembok bangunan dan terjun ke bawah.

“Siasatan di tempat kejadian juga mendapati tiada unsur jenayah berlaku. Mangsa dipercayai tertekan dengan penyakit yang dialami iaitu kencing manis dan darah tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Taib berkata, keadaan fizikal mangsa juga mendapati kaki sebelah kanannya sudah dipotong akibat penyakit kencing manis.

"Pihak kami sudah memaklumkan kes ini kepada pihak Konsulat Singapura atas kematian warganya.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel Berkaitan: