Sancho didesak mohon maaf kepada Ten Hag

Sengketa Ten Hag (kiri) dengan Sancho sudah berlarutan sejak awal September.
Sengketa Ten Hag (kiri) dengan Sancho sudah berlarutan sejak awal September.
A
A
A

PEMAIN kontroversi Manchester United, Jadon Sancho didesak untuk meminta maaf kepada Erik ten Hag susulan perselisihan faham dengan jurulatihnya itu yang sudah berlarutan lebih tiga minggu.

Desakan tersebut dibuat rakan sepasukan diketuai oleh Marcus Rashford, Luke Shaw dan Harry Maguire yang menggerakkan usaha untuk menyelesaikan kemelut itu.

Sancho diketepikan daripada latihan bersama pasukan berikutan perselisihan faham dengan Ten Hag dan tidak bersama The Red Devils ketika aksi menentang Arsenal pada awal September.

Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu setakat ini enggan meminta maaf dan tiada tempoh masa untuk kembali ke pangkuan pasukan.

Sancho telah diberitahu oleh rakan sepasukannya di England untuk meminta maaf kepada Ten Hag demi menyelamatkan kariernya di Old Trafford.

Malah Sacho juga tiada dalam senarai United bagi aksi menentang Brighton, Bayern Munich dan Burnley.

Dia juga disisih dari semua kawasan pasukan utama termasuk bilik persalinan dan kafe.

Bagi mengekalkan kecergasan, Sancho berlatih bersendirian dengan jurulatih kelab di padang akademi dan hanya dibenarkan interaksi minimum dengan rakan sekerja seniornya.

Artikel Berkaitan:

Bagi meleraikan kemelut itu, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) turut menawarkan khidmat untuk menjadi pengantara antara Sancho dan Ten Hag membina semula hubungan.