Malaysia Airlines lancar penerbangan terus ke Kertajati Indonesia

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
JAKARTA - Malaysia Airlines memperluaskan rangkaiannya di Indonesia dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu terus dari Kuala Lumpur ke Kertajati bermula 30 Oktober ini.

Penerbangan dua kali seminggu itu akan menggunakan pesawat Boeing 737-800NG bagi memudahkan lagi pelancong untuk meneroka Bandung dan lebih banyak bandar lain di Jawa Barat.

Syarikat penerbangan tersebut dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, rangkaian baharu itu akan menawarkan penerbangan terus ke tujuh bandar di Indonesia termasuk Jakarta, Denpasar, Medan, Yogyakarta, Pekanbaru dan Surabaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group, Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, sebagai satu daripada lima pasaran terbesar bagi Malaysia Airlines, penambahan Kertajati ke dalam rangkaiannya akan memberi keselesaan kepada pelancong, meningkatkan pelancongan dan mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

"Ketika permintaan perjalanan global terus mengukuh, kami melihat sambutan positif bagi laluan Indonesia kami setakat ini dengan purata faktor muatan pada 80 peratus,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Syarikat penerbangan itu menawarkan tambang pengenalan untuk masa terhad bermula hari ini hingga 8 Okt bagi perjalanan bermula 3 Oktober hingga 29 Mac tahun depan dengan tambang bermula daripada RM519 pergi balik melalui Kelas Ekonomi dan daripada RM1,969 pergi balik menerusi Kelas Perniagaan. - Bernama