Peluang menangi Wafer Emas 10 gram dengan simpanan di CBP

Orang ramai yang membuka Akaun Simpanan-i Salam di CBP bermula 15 September hingga 31 Disember tahun ini layak memenangi hadiah seperti Wafer Emas 10 gram. - Gambar hiasan 123rf
(Gambar keciL: Mohd Rafis)
Orang ramai yang membuka Akaun Simpanan-i Salam di CBP bermula 15 September hingga 31 Disember tahun ini layak memenangi hadiah seperti Wafer Emas 10 gram. - Gambar hiasan 123rf (Gambar keciL: Mohd Rafis)
A
A
A

ORANG ramai berpeluang memenangi Wafer Emas seberat 10 gram setiap satu apabila menyimpan di Akaun Simpanan-i Salam di Co-OPBANK Pertama (CBP) bermula pada 15 September hingga 31 Disember tahun ini.

Ketua Pegawai Perniagaannya, Mohd Rafis Makhtar berkata, promosi terbaharu tersebut adalah lanjutan daripada Kempen Hello CBP yang sedang berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023.

“CBP menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM150,000 dan antara hadiah yang ditawarkan adalah Wafer Emas 10 gram, telefon bimbit iPhone 13 Pro Max, Samsung Galaxy S23, Samsung Galaxy Watch 5 Pro dan wang tunai.

"Promosi ini boleh disertai oleh pelanggan individu dan bukan individu baharu serta sedia ada dengan mengekalkan baki minimum RM500 untuk individu manakala RM1,000 untuk bukan individu bagi bulan semasa.

"Promosi ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menyimpan dan menabung di CBP," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, menurut Mohd Rafis, CBP akan melangsungkan ‘Salam dan Mystar Day’ pada 27 September, 4 Oktober, 15 November dan 14 Disember tahun ini serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Ujarnya, orang ramai berpeluang memenangi wang tunai RM50 dengan jumlah deposit minimum RM500 (individu) dan RM1,000 (bukan individu) dengan menjadi 10 pelanggan terawal di cawangan CBP pada tarikh tersebut.

“Saya menyeru orang ramai untuk terus menyokong dengan mendapatkan produk dan perkhidmatan perbankan di CBP yang menawarkan kadar kompetitif untuk setiap produk,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: