Suspek kes bunuh warga Sri Lanka dipercayai masih dalam negara

Allaudeen (dua dari kanan) pada sidang akhbar di ibu negara.
Allaudeen (dua dari kanan) pada sidang akhbar di ibu negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis yakin dua suspek utama yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan tiga warga Sri Lanka, di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Jumaat lalu, masih berada dalam negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya kini giat memburu kedua-dua suspek berkenaan.

"Setakat ini, dua individu yang juga suami isteri warga Sri Lanka masih ditahan reman. Kita telah merakam keterangan mereka bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

"Motif kejadian masih belum dikenal pasti memandangkan suspek utama masih belum ditahan, namun kita percaya dapat menyelesaikan kes ini," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, pada Isnin.

Allaudeen berkata, pihaknya turut menafikan kejadian berkenaan adalah berkaitan dengan konflik di negara asal mereka.

"Siasatan awal menunjukkan memang tidak ada kaitan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan polis menemui tiga mayat warga Sri Lanka di bilik stor.

Ketiga-tiga mayat itu diletakkan dalam keadaan bertindan, diikat kaki dan tangan, manakala kepala mereka ditutup dengan plastik. Salah satu mayat itu ditemui dalam keadaan bogel.

Artikel Berkaitan: