'PM nak ajar jadi manusia beradab' - Kamil Munim

Muhammad Kamil, Sanusi
Muhammad Kamil, Sanusi
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang memperlekehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, pada Jumaat dilihat tidak beradab.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pemimpin Pas itu sering bercakap mengenai federalisme, namun dalam masa sama menghina Anwar yang mewakili negara di peringkat antarabangsa.

“Minta Kerajaan Persekutuan hormat kepada negeri, tapi pemimpin negeri tak ada adab.

“Bukan Anwar tak mahu jumpa hang (kamu), tapi nak ajar jadi manusia beradab dan bertamadun, bukan terpekik terlolong tak tentu hala,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Isnin.