McDonald's siasat isu pelanggan dikenakan caj sos cili peket

Tular di Facebook, McDonald's mengenakan caj RM10.60 untuk 10 peket sos cili di sebuah restorannya di Ayer Keroh, Melaka.
Tular di Facebook, McDonald's mengenakan caj RM10.60 untuk 10 peket sos cili di sebuah restorannya di Ayer Keroh, Melaka.
A
A
A

KUALA SELANGOR - McDonald's Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian pekerja mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan yang tular baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatannya, Datuk Azmir Jaafar berkata, pihaknya perlu meneliti semula laporan yang tular di laman sosial Facebook itu terlebih dahulu.

"Kita akan mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan juga pelanggan yang mendakwa dikenakan caj tersebut.

"Buat masa ini, kami tidak mahu komen lanjut dan ia masih dalam proses siasatan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Keli Ke-4 Akademi Vokasional McDonald's Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di sini pada Isnin.

Ditanya adakah McDonald's mengenakan caj sos cili sekiranya ada permintaan tambahan daripada pelanggan, Azmir memberitahu, tiada sebarang caj dikenakan melainkan jika ada tambahan permintaan kepada bahan perasa sos nuget.

"Kita tidak jual sos cili, tetapi pelanggan berpada-padalah juga, takkanlah mereka minta sampai 20 sos cili peket, tetapi kadang-kadang kes ini berlaku," ujar beliau.

Sebelum ini, tular di Facebook, McDonald's mengenakan caj RM10.60 untuk 10 peket sos cili di sebuah restorannya di Ayer Keroh, Melaka.

Mengulas mengenai kenaikan harga beras import dan kesukaran mendapatkan beras tempatan,

Artikel Berkaitan:

Azmir berkata, McDonald's mengakui perkara itu dan ia memberi kesan kepada semua pihak.

"Di McDonald's kita menggunakan beras tempatan 70 peratus, manakala selebihnya beras import dan kita akan berusaha memastikan bekalan ini sentiasa mencukupi," jelas beliau.

Katanya, meskipun berdepan kenaikan harga beras, namun pihaknya tidak menaikkan harga makanan seterusnya masih mengekalkan harga sama.

"Harga menu di restoran McDonald's mematuhi garis panduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Kita juga masih mengekalkan Menu Rahmah dan mempelbagaikan lagi pilihan menu ini di restoran kami," jelas beliau.