[VIDEO] Tapak warisan baharu diiktiraf UNESCO

RIYADH - Pada awal minggu lalu, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengumumkan senarai baharu kira-kira 42 lokasi termasuk di Asia pada sesi berterusan Jawatankuasa Tapak Warisan Dunia yang berlangsung di ibu kota Arab Saudi dan dijadualkan berakhir pada Ahad.
Ia dipilih berdasarkan senarai pencalonan global yang dikemukakan pada 2022 dan 2023 yang mungkin bakal menyaksikan penambahan lokasi lain.