‘Umno di seluruh negara sedang runtuh’

Mohamad ketika ditemui media, hari ini.
Mohamad ketika ditemui media, hari ini.
A
A
A

IPOH - Parti keramat Umno didakwa sedang mengalami keruntuhan ekoran terdapat ramai ahlinya di peringkat bahagian sudah berjumpa pimpinan Amanah bagi berbincang menyertai parti tersebut.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, namun Amanah tidak akan menerima permohonan tanpa meneliti latar belakang setiap individu yang memohon.

"Peringkat besar Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) tu belum ada lagi, peringkat bahagian banyak.

"Mereka sedang runtuh di seluruh negara dan soal presiden (Umno) letak jawatan, itu hak mereka, saya tak mahu komen," katanya selepas sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2018, di Casuarina@Meru di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi memastikan Amanah sebuah parti yang bersih, setiap borang permohonan yang diterima daripada ahli Umno akan diteliti secara terperinci satu persatu.

"Tulang belakang dah patah, hari ini umum keluar. Kita alu-alukan siapa yang keluar nak sertai Amanah tapi kita lihat kes demi kes.

"Kita akan terima kalau mereka nak dukung perjuangan Rahmatan Lil Alamin dan mengaku perjuangan membela mereka di dalam rasuah adalah tidak betul," katanya.

Terdahulu Mohamad memaklumkan Amanah bersedia membuka pintu kepada mana-mana bekas pemimpin dan ahli Umno sekiranya mereka berminat menyertai parti itu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian pada hari pertama Konvensyen Nasional Amanah 2018 yang bermula Jumaat lalu dan berakhir hari ini.