18 nelayan asing ditahan ceroboh perairan negara

Modus operandi digunakan nelayan asing berjaya dihidu pihak berkuasa.
Modus operandi digunakan nelayan asing berjaya dihidu pihak berkuasa.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 18 awak-awak warga Vietnam ditahan ketika menceroboh perairan negara di Timur Laut Pulau Redang, semalam.

Kesemua warga asing berkenaan ditahan bersama dua bot yang digunakan untuk menangkap ikan secara haram di perairan negara.

Pegawai Geledah KD Pahang, Lt Abdul Hannan Abdul Rafar berkata, kedua-dua bot nelayan asing tersebut ditahan oleh KD Pahang menggunakan Tim Paskal yang diturunkan melalui kaedah fast roping.

Penguat kuasa sedang menggeledah dua bot nelayan asing yang ditahan.
Penguat kuasa sedang menggeledah dua bot nelayan asing yang ditahan.

"Menyedari kehadiran KD Pahang, bot-bot berkenaan cuba lari ke arah sempadan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) Malaysia. Selepas hampir 30 minit mengejar, kedua-dua bot berjaya ditahan.

"Kesemua 18 nelayan asing yang ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Peperangan KD Pahang, Lt Kdr Mohd Adib Ikhwan Jamaludin berkata, nelayan asing diperhatikan menukar modus operandi bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sekali gus elak dicekup.

Seramai 18 awak-awak ditahan kerana menceroboh perairan negara dan menangkap ikan secara haram.
Seramai 18 awak-awak ditahan kerana menceroboh perairan negara dan menangkap ikan secara haram.

Artikel Berkaitan:

"Kehadiran Armada TLDM dan APMM yang berterusan dipercayai mendorong bot-bot nelayab asing menggunakan taktik berbeza.

"Mereka menceroboh perairan negara pada lewat petang dan menangkap ikan secara haram sehingga matahari terbit.

"Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset kerana TLDM dan agensi penguatkuasaan tidak pernah leka dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan negara terpelihara," katanya.