Gelagat budak lelaki memasak ala cef terkenal cuit hati netizen

Tular video budak lelaki memasak secara olok-olok seperti cef terkenal. - Agensi
Tular video budak lelaki memasak secara olok-olok seperti cef terkenal. - Agensi
A
A
A

BEIJING - Kanak-kanak sering meniru perlakuan orang dewasa sama ada memerhatikan secara berhadapan atau di internet.

Namun, seorang budak lelaki di China telah tular di media sosial apabila menunjukkan kebolehan luar biasa dengan memasak secara persis seorang cef terkenal.

Dalam video yang dimuat naik dalam X, menunjukkan seorang budak lelaki memasak secara olok-olok yang dirakamkan oleh ibunya.

Ibu budak tersebut yang tinggal di Neijiang berkata, anaknya berminat dalam bidang masakan sejak berusia tidak sampai setahun apabila sering melihat cef memasak di televisyen.

Dalam video itu, kanak-kanak itu dilihat mahir mengendalikan kuali dengan senduk dan memusing badannya seperti mana cef terkenal pernah melakukannya.

"Bagaimana budak kecil ini boleh mengendalikan kuali dengan begitu pantas dan kemahiran memasaknya sangat menakjubkan," pengguna X, Olivia Wong.

Menurut ciapan seorang lagi pengguna X berkata, dia cemburu bagaimana budak lelaki mempunyai kemahiran memasak seperti cef terkenal.

Setahun lalu, tular video menunjukkan seorang budak memasak nasi goreng dan menghidangkan makanan kepada keluarganya. - Agensi

Artikel Berkaitan: