Aiman masih boleh pulang bangga

Aiman (depan) menyambar jersi Polka Dot selaku Raja Bukit Peringkat 1 LTdL dari Kerteh ke Kuala Terengganu pada Sabtu. - Foto Bernama
Aiman (depan) menyambar jersi Polka Dot selaku Raja Bukit Peringkat 1 LTdL dari Kerteh ke Kuala Terengganu pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

DI SEBALIK kegagalan memenangi podium pada Peringkat 1 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, pelumba sensasi Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff masih mampu mengukir senyuman.

Pelumba kelahiran Marang, Terengganu berusia 25 tahun itu menepati ramalan awal apabila berjaya menyambar jersi Polka Dot selaku Raja Bukit sebaik berakhirnya perlumbaan sejauh 187.4 kilometer (km) itu pada Sabtu.

“Pertama sekali... syukur alhamdulillah misi hari ini (Sabtu) boleh dikatakan berjaya. Aiman amat gembira kerana dapat meraih Jersi Polka Dot di negeri sendiri.

“Walaupun tak dapat menang stage, tetapi AIman dapat menang jersi. Macam Aiman beritahu sebelum ini, Aiman akan cuba untuk dapatkan sesuatu di tempat sendiri.

“Ini permulaan yang baik untuk Aiman. Untuk peringkat seterusnya, Aiman akan cuba lagi, tetapi Aiman tidak boleh terlalu selesa kerana persaingan masih jauh,” katanya kepada pemberita.

Aiman yang dalam misi mempertahankan status Raja Bukit kali ketiga berturut-turut meraih tiga mata keseluruhan - satu mata meninggalkan pencabar terdekatnya daripada Roojai Online Insurance, Tegshbayar Batsaikhan.

Berada di kedudukan ketiga kategori sama ialah pelumba Thailand Continental Cycling Team, Siriwut Sirironnachai yang mengumpul satu mata.

Dalam perlumbaan pada Sabtu, Aiman menawan zon pendakian pertama di Jerangau untuk meraih dua mata, manakala Sirironnachai mengumpul satu mata di zon berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Aiman terpaksa berpuas hati berada di kedudukan kedua di belakang Batsaikhan di zon pendakian seterusnya di Sekayu.

“Kalau ikut perancangan memang Aiman nak ambil dua-dua (tawan) zon pendakian tetapi rezeki hari ini hanya berjaya satu.

“Untuk perlumbaan esok, Aiman akan cuba seperti hari ini. Apapun Aiman kena tengok dulu keadaan sebab Aiman perlu fokus untuk Peringkat 3 yang lebih banyak mata untuk pendakian,” jelas Aiman.